BISIKAN IMAN DALAM MUHASABAH DIRI
Sekali-sekala dalam takafurmu,
merenung dan muhasabah diri...
kenalkanlah bisikan-bisikan
yabg berdesir di hatimu
untuk dikenali punca dan penyakitnya,
dan seterusnya untuk kau ubati.
Pasangkanlah telinga batinmu,
dengarkanlah cetusan keluh kesah
ataukah kagum, bangga dan megah
dan seribu satu kehendak dan rungutan
yang jarang merendahkan hatimu
untuk sujud penuh kehambaan
ke hadrat Tuhan
Inilah petanda jiwamu berpenyakit,
dimamahi ulat-ulat mazmumahkerana hatimu kini dikuasai nafsu
yang membusukkan hati,
memburukkan perilaku.
UbatJah ia dengan mujahadah,
agar ia pulih ke tahap mahmudah.
Kemudian berusahalah memiliki iman,
yang kau dituntut atasnya selepas Islam,
akan terubatlah penyakitmu dengan kaedah:
أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُو
ُ
Ertinya: "Ketahuilah, bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang." (Ar-Raad: 28)
Punca tenaga, tempat lahirnya
segala-gala yang kau perlukan dalam hidup;
mencipta jua meletakkan jiwamu,
dalam keadaan yang serba sempurna
Imanlah sebenar-benar hartamu,
yang akan memperkayakan jiwamu
. Hatimu, akan memandang dunia ini
tepat pada hakikatnya:
Iman jualah...
sahabatmu yang karib lagi setiayang akan sentiasa bersamamu;
dalam suka ia aakan mengingatkan...
"Bersyukurlah dengan rahmat Tuhanmu...dalam duka, ialah penenang
"Berserahlah kepada Allah, inilah tarbiah
tanda kasih-Nya
dan penghapusan dosamu yang lalu."
la akan membimbingmu kepada
kebahagiaan hidup
yang engkau harap-harapkan,
tiadakan tergugat,
biar seberat manapun dugaan.
Segalanya tenggelam...
dalam kemanisan rasa
ujian bagimu adalah penyubur jiwa
bahkan mati sekalipun,
adalah syarat untuk menemui cinta!Lantaran bagi mukmin sejati
...cintanya hanya untuk Tuhan
dan ujian dari-Nya
adalah cenderamata percintaan.
hanyalahbangkai...
dan hiburan yang memperdaya
kau pastinya tidak akan merelakan,
dirimu menjadikan anjing pemburu.
Iman ialah kekuatan menjadikan kau optimis dengan takdir Tuhan, tidakkan pernah berputus asa, tidak mengenal erti kecewa. Bahkan jiwa
Maka di kala itu pula
iman akan mendidikmu menjadi insan
yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi.
Tidak merelakan perlakuan mungkar, peka kepada kebajikan sekalipun sekadar membuang duri dari jalanan...
Iman jualah yang bakal mengawalmu dari serangan musuh lahir dan batin. Hati yang beriman akan bertawakal dengan bantuan Allah yang dijanjikan... "Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang beriman." Ingatan-Nya pula dijadikan 'guide line' dalam mengenal kawan atau lawan. Hatimu akan sentiasa berwaspada dengan bisikan nafsu jahat yang penuh tipudaya
Ahli suffah sering bermadah: Kiranya kau memiliki iman, sesungguhnya kau telah memiliki segala-galanya. Namun jika kau ketiadaan iman, maka engkau telah kehilangan segala-galanya pula..."
Dan di hujung tafakurmu nanti,
akan kau temui untuk seterusnya dimengerti; imanlah yang akan memuliakan darjatmu selaku; Khalifah Allah di muka bumi, bukan insan berperi kebinatangan yang mengotorkan bumi dengan kemungkaran. Ya, hanya Iman penyelamat....
يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ
(yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih,(Asy-Syua'ara:88-89)
No comments:
Post a Comment