Friday, April 24, 2009

The Sweetness of Loving Prophet Muhammad s.a.w. and the Habaibs

Salam alaik..

Bismillahirrahmannirrahim..Alhamdulillah wassola tu ala rasulillah s.a.w.

This post will be in Malay..

Shukur ke hadrat Allah s.w.t yang telah melimpahkan kepada kita nikmat iman dan ihsan. Aku amat bertuah sekali kerana walaupun sudah masuk RabiulAkhir namun banyak pihak penganjur yang tetap tidak berhenti menganjurkan pelabagai acara maulid untuk memperingati Rasul besar kita, Muhammad s.a.w. Dan lebih menggembirakan hatiku lagi apabila mendapat tahu bahawa ramai para habaibs yang turun di negeri Singapura ini. MasyaAllah! Ahlan wa sahlan wa marhan bikum ku ucapkan (:

Kenapa diriku ini kini sering menunjukkan kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. tapi ada kelainan pada kali ini? Jawapan ialah setelah ana betul-betul menghayati hadis ini:

"Demi jiwaku yang berada dalam genggamnNya. Tidak sempurna Iman seseorang antara kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dicintai melebihi dirinya, hartanya,keluarganya dan manusia seluruhnya". ( Hadis Riwayat Bukhari)

SubhanAllah..ia bersangkutan dengan iman wahai teman. Sesuatu perkara yang teramat penting. Sesungguhnya bila hati itu telah dipupuk dan dibelai untuk mencintai Rasulullah s.a.w., nescaya kerinduan terhadap beliau akan berada dalam hati kita. Ketahuilah sekalian bahawa nikmatnya mencintai beliau terlalu isitimewa..

Bersangkutan para habiabs pula, mereka adalah ulama'..orang yang dekat dengan Nabi s.a.w. Telah dikatakan bahawa ulama' warassutun anbiya' (Ulama' pewaris NABI). Sebab itulah kita harus mencintai mereka juga kerana mereka amat dekat dengan Rasulullah s.a.w. sedangkan kita? Ya Allah...!!! Terlalu jauh..Ambillah barakah daripada kehadiran mereka..

Wallahu'alam
Assalamualaikum wrb

No comments: