Sunday, June 07, 2009

Something to Ponder Upon

Bismillah Wal Hamdulillah
Salam Alaik...

Apabila aku membaca keratan akhbar mengenai remaja berusia 18 tahun yang menjadi tukang mandi jenazah sambilan, ku teringatkan almarhum datukku yang telah pulang ke alam akhirat beberapa bulan yang lalu. Pada waktu itulah pertama kali ku berpeluang untuk membantu dalam memandikan jenazah...

Apa yang aku hendak kongsikan di sini dari artikel tersebut ialah betapa mulianya dan kalau ku boleh lettakkannya sebagai berani pemuda tersebut melibatkan dirinya dalam pengurusan jenazah. Aku tabik beliau. Dan dalam artikel itu ada disebutkan juga bahawa ramai belia yang kini tampil untuk belajar ilmu tersebut. Walaupun ia merupakan fardhu kifayah, namun ia adalah 'plus point' buat diri kita dan ahli keluarga.

Ia merupakan 'plus point' kerana sekiranya satu dari ahli keluarga kita yang meninggal, bukankah lebih baik kita sendiri yang dapat menguruskannya? Fikir-fikirkanlah...

Namun ku akui ia tidak semudah itu. Ada orang yang hanya belajar teorinya sahaja tetapi 'takut' akan praktikalnya...Wallhu'alam.

No comments: