Friday, September 19, 2008

Hehehe. Finally got the email from Ustaz! Sekarang bolehlah aku belajar utk tis Sunday...lol


1) Huraikan peringkat ilmu menurut Imam Ghazali dan perbincangan beliau mengenai kaedah ilmu.

2) Fahaman Muktazilah yang muncul pada zaman akhir pemerintahan Bani Umayyah mendapat reaksi tertentu umat Islam. Bincangkan fahaman dalam aliran Muktazilah dan kesan kemunculannya.

3) Bincangkan secara ringkas pelayaran dan penyelidikan al-Mas’udi serta faktor-faktor yang mendorongnya menjadi ahli pelayaran.

4) Jelaskan pandangan Islam berhubung konsep penjelajahan dan penerokaan dengan mengetengahkan tujuan-tujuan aktiviti tersebut dibenarkan oleh Islam.

5) Bincangkan sumbangan dan pencapaian Ibn Hawqal dalam bidang geografi dan pelayaran.

6) Seni bina Islam bermula daripada pembinaan masjid pertama dalam Islam. Terangkan pencapaian dan sumbangan seni bina Islam pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin.

7) Terangkan perkembangan intelektual Islam pada zaman permulaan Islam.

8) Bincangkan perkembangan intelektual pada zaman Abbasiyyah dengan memaparkan ketokohan al-Biruni sebagai ahli astromoni.

9) Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kelahiran pelbagai mazhab dan kesan-kesannya ke atas umat Islam.

10) Penjelajahan dan penerokaan dalam Islam mempunyai kepentingan tertentu. Huraikan konsep penjelajahan dan penerokaan serta kepentingannya menurut perspektif Islam.

11) Bincangkan sumbangan dan pencapaian al-Istakhri dalam bidang geografi dan pelayaran.

12) Salah satu cabang seni dalam Islam ialah seni khat atau seni kaligrafi. Bincangkan.

13) Huraikan takrifan dan ciri-ciri seni bina Islam.

14) Jelaskan sumbangan dan pencapaian seni bina Islam pada zaman Bani Abbasiyyah.

No comments: